RODONGANS~

Monday, July 09, 2012

Monday, July 09, 2012

KENDURI KAHWIN..YEAY!~

Assalamualaikum.

Hye.!
Pekabo. hehe. Hari ni nak dok update ape jadik weekends baru ni. Weekends baru ni dok habehkan masa kat rumah di kampungku desa yang permai. Okay. dah kampung, desa pulop. haha. Tu line brokband tak dop tu. waaa~

Jumaat petang, 6 July saya dah sampai rumah pukul 3. Lambat kot. Lambat! sebab pegi tabung ajiii... Sampai-sampai mak kata Nona merangkap beberapa tahun MUDA dari sayerr nak akad nikah. Wah... Daku ingat akadnya malam. AyoOpoO..~ Lepas Asar kate mak!

DaKU cepat-cepat mandi dan siap-siap sebab niatnya mahu ku lihat kejadian manis itu. Yeah. Sampai-sampai, tak ade geng. Alamak! mujur jumpa adik kawan saya, kebetulan dia kawan dengan Nona bukan nama sebenar. Nona tu nama panggilan... Nama sebenarnya.. Rahsia.. tapi satu kampung panggil dia Nona la.. hehe~~

SELAMAT PENGANTIN BARU~



Akad nikah lepaih asar tu, terus tangkap-tangkap gambo, mak pulop sebok di dapur. Alamak. datang dengan mak, rempit! umm.. kena tunggu. Sambil-sambil tu nak tolong buat kije, tapi mak tak kasi. Mati kutu eden, last-last part tu... kelapa tak cukup. Ape lagik.

'mak meh sini, kome kukurkan kelapa tu!".
Hahhaha. Kampung sangat kan.... tak tahan weh, dari duk termenung anak dara, huduh gayanya! Dari suruh buat air, baek saya kukur nyior.!  semua mak cik mak cik tu riso, takot tangan terkena mesin... aish.. saye anak kampung la.. JANGAN RISO! *kembang idong*

dan paling penting time ni lah mak mak orang duk nanya saya, "ida bila lagik???". Aish, mak cik mak cik nii... lambat lagi la, saye mude lagi.. yang kawen awalnya, Nona tu haaa.... :D  jawab saye dengan senyuman bermakne.... HAHAHA. Pitam. mak buat-buat muka tak faham! 

haha.. balik pon dah pukul 9 malam. MAk duk masak tuk nenek, lepas tu mak and abah pegi lagi tuk acara potong daging kerbau. saye tunggu ateh balik spital, balik kije.

Dalam pukul 10 beliau balik, pukul 11 beliau ajak beta pegi lagik.! kat kampung kami, macam habit tau.. malam-malam time kenduri duk lepak kat uma kenduri. Tapi sebab nenek tinggal sowang, jadi pukul 12 lebey dah balik, mak abah je tinggal. Malam tu angah dan family sampai pukul 3 dari Putrajaya, mak abah balik dari rewang pukul 4. Just nice... time tu saya tido mati! maafkan hamba!

Esok kenduri, mak chief hidangan. ;P so mak pegi awal. Abang ipa pegi memondok kat MAran, So kami adik-beradik wanita dan anak-anak buah juga wanita pergi sendiri secara berkumpulan. hehe. Makan tak hinggat dunia, sebab sedap, bertambah lagi... lepak kat rumah atas sambil makan cendol dan tunggu pengantin sanding.! ummm.. *puas hati*

Cap ibu & anak

Okay fine! kembor tua, muda~

Budget cute ke yaya~

Nur Izzatul Nafisah. :) Cute!

Tahniah Nona~
Semoga berbahgia sehingga ke Akhirat!

Kami minta diri... setelah perot sangat kenyang! Terima KAseh mak andak!! :D

Petang tu kami plan adakan aktiviti wanita lagik. Pegi Kubang Gajah di Temerloh, tempat yang masuk tv rancangan tv3 EURO 2012 ape entah tu.. Tapi yang happynya budak dua orang tu dan yang tak happy nya hujan lebat mencurah-curah, sampaikan tak sanggup tunggu sebab tak berhenti. So, redah masok keta.. Lepas tu basah-basah tapi pegi TF... motip??! aaaa..

Happy awak yo!

Kakaknya paling happy. Zahra2!

DAh la.

Sekian~



4 comments:

  1. haah kan.. Best.. Lyaa kawen jempot...! Nak kad..:-)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pergi kenduri. tsk tsk.

    ReplyDelete
  3. syaza jgn tipu akakk ea.. kenduri irene nadia tu? bukan kenduri kawen? hehehe. *senyum lebar* ;P

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang