RODONGANS~

Thursday, July 05, 2012

Thursday, July 05, 2012

Nisfu Syaaban di Al-Jenderami dan Jumpa FIfi bersamamu~

Assalamualaikum.

Hye!
Betol. Tajuk tak boleh nak blah kan. HAHA. 

Actually, petang semalam saye baru kuar dari kolej, cuti mid-sem :D Ambil train pukul 3 tapi sampai solat di KL Sentral. Lepas tu terus balik, dengan bawak beg macam berat satu kayu balak. Dan bukan beg tarik okay, tapi beg bimbit.. eh, tu ke namanya? Entah!

Alhamdulillah. Sampai sana kejap je dapat bas, terus gerak ke uma akak. Yang harunya, bila sampai-sampai ke akak tengah siap-siap. Yang iron baju akak and anak-anak bukan akak tapi abang ipa ku. HAHA. okay. terbalik ye. Sebab dia kata nak cepat punya pasal. Lepas tu, abang ipa terus suruh saye siap!? hah! baru sampaiii kena ikot ke?? g mana.... uwaaa.. Abang ipa kate, wajib ikot! cepat siap! tak ade baju angah punya banyak, pakai je mana-mana. Okay fine! mandi kerebau terus je gerak. ghupe-ghupenya nak pegi baca yassin sempena Nisfu Syaaban kat Al-Jenderami, tempat pondok abang ipa duk ngaji. 

Setelah bace yassin dalam keadaan kelam kabut sebab anak-anak buah duk buat perangai mengaco orang bace yassin dan jaga baby lagi. Ade ceramah sikit by Pak Syeikh, barulah solat Isyak. Time solat tu, orang duk susun dulang tuk makan. Zahra dah mula kate lapa dan da bukak dulang nasi. ni bermakna die orang pertama buka plastik tu. selaku tukang jaga, penat menghalang!. argh. Malu Guwe~

Bila dapat makan tu, tiga orang yang kebulur makan tanpa pandang kiri-kanan kecuali Yaya, sebab die duk ngaco orang lain hingga ke tempat laki dia merayap.

Yaya~
Zahra~
Bulan duk mengambang. CLEAR.
Kat sini dengar clear bunga api dari putrajaya. gile kuat weh! bunyi je dengar, apinya tak nampak. Dan sini banyak betul kapal terbang lalu sebab dekat dengan Airport, KLIA.

Apepun makanan kami dengar-dengar di sponsor Tanjung Offshore. Thanks. sedap! 


Dan saya dapat jumpa FIFI dan anaknya Farhad alive dari mata kasar ku, siap beli roti sama-sama. ehem.! cantiknya dia.. Lembut sangat. DUK berdiri sebelah dia, saya rasa macam saya ni buruh kasar aje. Hahaha. beza bebeno~nak tangkap gambar dengan Fifi tapii maluuu, orang lain buat biasa aje. :P

Dah la.

Sekian~

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang