RODONGANS~

Friday, August 31, 2012

Friday, August 31, 2012

i GOT another call~~

Assalamualaikum.


Hye!




yes. yes. yes. masa yang ku tunggu-tunggu telah tiba. yes. tepat sekali telahan cik UChop.. "petang nanti pasti panggilan itu datang menyahut kembali."

Alhamdulillah. cuti yang kerajaan beri telah di manfaatkan oleh dia. Tidak berputus asa dia untuk membuat panggilan untuk kesekian kalinya. hihi.

Aku gembira dan senyumku hingga ke pp dan mungkin akan sepanjang hari. ngeee~

Tapi, satu yang tidak ku jangka. Instinct nya berubah sekelip mata.. tiba-tiba belum sempat kami berbual lama. Satu pertanyaan telah diutarakan.

"sayang.. di mana kamu semalam. adakah kamu keluar berlibur bersama teman-teman mu."

oh, aku terkedu...

"i'ya wahai bushuk ku sayang... bagaimana kamu tahu. diriku keluar untuk bekerja kemudian di malamnya diriku keluar menghibur hati yang lara bersama-sama teman ku di sini"

okeh. over. jangan percaya dialog kat atas. haak tuii. bukan itu perbualan saya tadi. Just dia terus tanya semalam keluar mana? so, saya jawab keluar berfieldwork dan malam keluar jusco dengan kawan-kawan. kenapa? mana tahu... dia kata.. hati dia kuat kata saya keluar semalam. mungkin kerna panggilan dia tidak saya jawab tengah hari tadi. hehe. padahal phone ni buat hal. bisu seribu kata.

Apepun. thanks kerajaan bagi cuti hari merdeka. So, leh dia call lagi walau tengah hari tadi tidak bersambut call dia. ho yeah. :)

dan ini maybe call ke 6 dia sepanjang dia di dalam sana. 

*eh, macam penjara pulak ayat aku nih.*
 ngee~

Sekian~

Missed Calls: Again.

Assalamualaikum.

Hye korang!

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA.


Apa perasaan korng hari ni? Hari merdeka okay. hehe. Hari ni malaysia telah merdeka atau dibebaskan dari penjajahan British selama 55 Tahun. Maksudnya, dah 55 tahun kite bebas dan berdiri sendiri, dan hari ni dah 5 Bulan 1 Hari my Sweet Cornetto pathways. ewah. *tiba-tiba*     

Okay. Sempena hari merdeka ni, kat KTMB Batu Gajah pon meriah. Meriah dengan orang nak balik kampung. Tapi saya tak balik. Baru 3 hari sampai sini. cuti raya panjang. hikhik. Hantar Cik Uchop aje. Tapi beratur panjang untuk beli tiket tau. Mujur ada tiket dia... 

Tengah-tengah beratur tu, saya tengok HP.. tetiba ade Missed Call... dua okay DUA kali. waaa... check no tu.. no Public Phone. 019xxxxxxx. waaaa..... sape lagi guna public kalo bukan dia! mENJerit kojap eden kat situ.... orang duk beratur tu.... depan sampai belakang duk toleh. *okay tu tipu*

pagi ni lah HP nak jammed. HP ni biasa jammed. jam dia bukan jam strawberi tapi jam yang tak mengeluarkan bunyi atau kite panggil BISU. geram aku aih... time ni lah. 2nd times missed call. 1st time time duk shopping raya kat Masjid India. Hah! Perempuan shopping.! faham-faham la. tu kat stesen LRT Masjid Jamek aku menjerit. uuuhuh! 



hehehe. terkilan. sebab maybe dia dapat call sebab hari ni cuti Merdeka. kan kan? maybe. harap petang ni dia ada masa tuk pegi public lagi dan call kite. waa. Raya hari tu dia bertuah dapat cuti. Adik je lah kat ITU, IPOH tak dapat cuti. Sian adik. Dia ada cuti sampai raya ke4. Tapi betol2 contact sehari sebelum dia berangkat pulang. Sedih tak? Punya saya tunggu dia cuti raya tu.. dia tak layan aku??! hahaha. tak lah, kan raye. Busy kot. tapi raya ke3. eden lancarkan perang dingin. haaa... cuak. tau cuak. So, even only 1 day je we have times for each other... but i'm satisfied. hehe. naseb baek lancarkan perang. kalau tak... agaknya. tak menarik cuti dia. kehkeh. 

Semalam orang duk tengok TV cerita merdeka agaknya, kami pegi JUSCO, pengkalan tuk makan-makan. Pilihan kami adalah

KENNY ROGERS.

Okey. Komen saya yang pertama kali makan sepanjang hidop kat dunia ni 24 tahun adalah.... InsyaAllah, saya tak pegi lagi ke sana. Tak kena tekak eden. Sos black papers dia tak pedas, sos mintak pon dapat tak pedas... saya sukakan kepedasannnnn.. rasa tak nikmat makan ayam tebal tanpa perisa PEDAS. Mujur mUffin dia AWESOME. hehe. 

Menarik kan. ayam siyes beso. tapi yang ni NANA punya.
saya amik coselow, nasik, dgn buah segar.
Ni saye punya. Ice chocolicious kot namanya.

Saya tak menyesal makan. sebab nak mencuba. Untuk pergi lagi... 5 bulan dari sekarang mungkin tak. Next year?? Allahualam. ngeeee~

SUSHI KING?? owh. aku tekak kampong.!


Okay. yang baju merah ni MYBestfriend@x-roomate di UKM. hehe. dia manager baru kat SushiKing. heh heh. Jangan offer saye Is, bagi free pon saye tak mo.... Loya.  *sombong kau maria* haha.. :P


Last but not least. Happy holiday peeps.! have a nice day~~ :)

Sekian~

Thursday, August 30, 2012

Thursday, August 30, 2012

FAVOURITE UDANG KERING? BAik BACA SINI kejap.

Assalamualaikum.

Hye korang!

korang suke makan udang kering?? atau masak masukkan udang kering? saya dari dulu tak berminat dengan udang kering.. sebab dia masin. even bawang kering segera pon saya tak suke... bawang kering buat sendiri je saya rasa sedap, baunya wangi.. hikhik. 

okeh. berbalik pada cite pasal udang kering. korang tau cara pembuatan dia?? okeh. saya google jumpa gambar ni..

TEKNIK 1:


so saya assume kan yang ini teknik yang pertama.. okeh. boleh terima lah dek tekak kalau buat macam ni.

TEKNIK 2:

Teknik jemuran. Jemuran beradab sopan. saya tak tahu macam mana tapi saya yakin ade pengusaha yang sopan dan pembersih menggunakan alas dan dijemur di tempat yang lebih tinggi dari pejalan kaki. betul tak. ade. mesti ade pengusaha macam ni.

TAPI saya nak fokuskan teknik ke3.

TEKNIK 3:

yang ini saya tengok dengan mata kepala sendiri okeh. semalam. tak ade google google ke apa. Siap video siap. tapi video tu Abang Syah (tech) kami yang ambil. hehe. tak mo post la yang tu kalau ade pom.

udang kering ini dijemur diatas lantai simen yang besar@kecil di tepi tebing sungai atau di depan rumah ketika anda tidak mengeluarkan kereta dari garage atau ketika anda sudah mengeluarkan kereta. *angguk-angguk kepala*

setelah kering... udang ini akan dikais menggunakan pengais.. dan dikais ke satu sudut untuk memudahkan pembungkusan ke dalam guni. sekian.


pasal anjing maen-maen ni saya tak tipu okey. saya nampak anjing maen-maen dengan kucing 2 ekor siap...  atas tempat penjemuran ye kawan-kawan.



dan sepanjang jalan di kawasan ni adalah aktiviti penjemuran udang kering. siap tijak pakai kasot boat lagi. awesome kan. PANJANG SANGAT okay. SEPANJANG JALAN YANG PANJANG ni ya kawan-kawan.



okeh. amacam?? tapi saya nak tegaskan di sini. tak semua tempat macam ni. maybe area ni sahaja. Tapi sesiapa yang gemarkan udang kering.. better jangan beli timbang sebab kite tak tahu asal dia dari mana. better yang package dan pengusahanya at least melayu. atau kalau disebut teknik pembuatan pon da okay.

Gambar ni diambil semasa kami berfielwork semalam. Bukan sengaja-sengaja jadi wartawan. Tak sengaja. kawasan ni tak mo sebut la... mengaibkan nanti tapi kawasan ini terletak di dalam daerah BAGAN DATOH, PERAK. 

So, Pesanan Penaja: BERHATI-HATILAH KETIKA MEMBELI UDANG KERING. ngeee~

Sekian~

note: mujur family jenis tak guna udang kering. masin.

Wednesday, August 29, 2012

Wednesday, August 29, 2012

CUTE: Bila SAMSUNG marah pada APPLE~~

Assalamualaikum.


Hye!



Korang mesti pernah dengar kes saman menyaman antara APPLE dan SAMSUNG kan?? saya selalu dengar.. tapi penyelesaiannya SAMSUNG kalah dalam kes itu dan SAMSUNG kena bayar around $1 billion dollar pada APPLE. But, the funny part is.. method of payment by SAMSUNG to APPLE. 

siyes. kelaka. tak tipu. 1st time tahu pun dari blog ZAMANI84 ni dan INFO diperoleh dari en.paperblog.com. So, saya copy terus dari sana supaya tak ade maklumat yang tercicir. kehkeh. 

okeh. ingat nak copy terus tapi laptop jam pulak. meh la saya cite.

nak tahu lanjut pegi bace website depa okay. secara ringkasnya..

::SAMSUNG telah membayar tuntutan saman APPLE kepada pihak SAMSUNG sebanyak $1 billion dollar dengan menghantar 30 trak membawa 20 billion keping duet 5 sen ke CALIFORNIA. Pada awalnya, pengawal keselamatan di hadapan pejabat APPLE tersebut menganggap penghantaran tersebut mengalami kesilapan. Namun, beberapa minit kemudian CEO SAMSUNG membuat panggilan kepada CEO APPLE memberitahu keadaan sebenar.

Pihak APPLE sudah tentu mengalami kejutan kerana dalam perjanjian tidak disebut kaedah pembayaran saman tersebut. Oleh itu, pembayaran tersebut SAH. Mungkin pihak APPLE memerlukan mingguan hari untuk mengira jumlah duet syiling tersebut adalah betul atau tidak.

Kelakar kan. This dirty but genius method make me laughed so much. Yela, "pihak SAMSUNG kata, siapa maen kotor dulu kan, dan tidak salah kalau pihaknya membalasnya." yela, nama baek SAMSUNG kan sedikit sebanyak tercemar. bijak.bijak.

Mungkin lepas ni.. Pihak APPLE akan saman LAWYER nya sebab tidak meletakkan kaedah pembayaran dalam perjanjian tersebut. kehkeh.

Amacam? terkejut kan. tak tercapai dek akal kite untuk buat perkara itu kan. 

Sekian~


Wordless Wednesday~~~

Assalamualaikum.

Hye!



Can YOU see how happy we are. ngee~

Sekian~

Tuesday, August 28, 2012

Tuesday, August 28, 2012

Berhari Raya keENAM bersama teman-teman SKB~

Assalamualaikum.

Hye korang!

hehe. kalau dah namanye sipolan yang tak menyempat tunggu esok. memang tak mustahil lah 2,3 entry satu hari. Dan kalau dah namanya sipolan yang pemalas tahap kucing kekenyangan tak mustahil lah tak ada entry 1,2 minggu.

Betol tak? hehe. tapi before cerita ni basi menjadi masam semasam masamnya...... saya post siap-siap. 

Nak dijadikan cerita. Macam dah jadik annual activities dah pon sejak taun lepas. Kami ni suke sangat beraya beramai-ramai. actually, hari raya ke-4 kami dah jalan-jalan dah. tapi disebabkan masa yang limited. Hanya rumah teman-teman yang berdekatan je dapat pegi. So, kami set satu lagi masa tuk beraya lagi. Target kami kali ini, rumah cekgu-cekgu sekolah rendah dulu iaitu

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGAU

Dulu belakang sekolah banyak burung bangau tau! sekarang tak tahu lah. kot kot depa pon dah berhijrah. Allahualam la kan. hehe. So, untuk first trip raya ke-4 tu saya tak dapat-dapat lagi gambarnya. And kali ni pon saya nak share gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya tuk konvoi raya keEnam ini... alahai. Mana lah gambar kamera DSLR budak-budak ni. Alamatnya, kamera cabuk ku juga ku sajikan untuk kalian semuanya. kehkeh. 

Dah la weh. Jom tengok gambaq. tempat berkumpul kami pagi tu ESPLANADE TEMERLOH.

 "ape kejadah pagi-pagi raya pegi esplanade.??" hahaha.... 

tapi betul jadahnya memang kami pegi. dan merasa naek jambatan gantungnya dan naek boat juga... 

"what???!!!" 
"with berbaju kurung....... pffffttt"

hahaha. yes. baju kurung pakai wedges. awesome. menarik. bagus. pintar. bijaksana sangat kau maria...

"kelas kau maria"

LEpas berjam duk menangkap-nangkap gambo. okeh. baru kami gerak beraya. habes semua cekgu yang terlintas di fikiran dan ada dalam perjalanan kami singgahi. and the most important moments are,,,, when ur teachers still remember your name after 12 years. hahaha. weh, siyes. kot ye 6 tahun tak jumpa pon tak sangka cekgu-cekgu ingat... inikan pula 12 tahun. 

owh. Saya kagum dengan semua cekgu-cekgu saya. SAYA SAYANG PADA CEKGU! hikhik.

owh. terbebel lagi. Jom tengok gambaq jom. gambaq dari kamera ku yang tak seberapa. :P












wif besties. :)



maaf lah gambaq nya random aje.. sebab gambaq kat kamera gua tak banyak.

Kami sudah pon menerjah rumah Cikgu Suriati, Ustazah Kamariah, Teacher Suhana dannnnn

Last stop. di rumah Cikgu Khadijah... ramai lagi sebenarnya... tapi dah tak sempat contact pon tak berapa nak ada. InsyaAllah next year... mungkin plan kasi terbaek punya. hehe. :)


Okeh itu saja gambaq ku ada. Kalau gambaq kamera DSLR dah ade nanti.. kot kot comel gambaq nya... saya upload lagi okeh. ngeee~~

Ramai tak join tahun ni... SO, Diharap tahun depan lebih meriah.... dari tahun ini... hehe. :)

Sekian~


SEGMENT ERAZ FADLI: PENCARIAN BLOGLIST

Assalamualaikum.

Hye!

Jom join. saya nak join, belog ni seperti menarik.


Okeh. nak join.. nak tengok belog ni@baca belog ni.? singgah SINI atau klik banner tu aje.

Sekian~ 

GILIRAN 2 SYAWAL PULA~

Assalamualaikum.

Hye.!

Tak puas lagi nak cerita kan. HAHA. 2 syawal pulak. ye. dua syawal kami akui. abah dah pesan dari malam lagi..

 "esok siap awal-awal pagi, tutup pintu kite kuar beraya.. kalau lambat-lambat orang datang kang tak jadi beraya" hikhik.

Tapi nyudahnya.... tak lah pagi pon kami bersiap. hahahaha. kami kan anak yang taat. hehe. siyes. lepas zohor kami keluar. anak-anak! o anak-anak! 

siap lunch. semua siap-siap nak keluar. Nak pegi beraya rumah adik-adik mak dan abah la.. apa lagi. zooom. dua buah kete pom dah cukup. almaklumla. Tak berapa nak ade orang di rumah ini. sobsob.

Ta maoo cite manyak-manyak... jom nengok gambo je la... 

selamat hari raya, aidilfitri mulia... lalalalalala~ *nyanyi*

::




Retisssss sangat! Maria Menado's Jr. kehkeh. 





"Dah la ayahh... panas lah!"


hahaha. nak tau. semua gambar ni kecuali 2 gambar di atas, ayah depa duk tangkap dari dalam keta. eh ah eh ah... pemalas.

dan gambar yang sempat dirakam di rumah Pok Ami.. adik mak. Mana yang ade je la sempat ambik, yang lain duk jjaaauhhhh jaaauhhh... tak boleh nak set kan masa kepulangan. hihi.


4 Orang dari berbelas. 

dan 1/4 daripada jumlah ahli 4 buah keluarga dan 1/8 agaknya dari ahli keluarga keseluruhan. eh, ke 1/10?? entah la weh. 

dan paling penting.. gambaq yang ade abang zul tak menjadi... hehehe. alalalala~


Dan di kawasan ini destinasi terakhir kami hari ini. jempot datang uma semua.. esokknya.. wah, berduyun.  eh, berduyun ke?? entah. hehe. :) PEACE.

Sekian~

Hari RAYA AIDILFITRI Tahun INI (2012)~

Assalamualaikum.



Hye! Selamat hari raya ke soploh korang... hehe. maap lah, lama pulak tak bukak belog. Dah nama duk uma.. mana menyempat nak bukak belog. gigih.

Tahun ini raya kurang sikit lah meriahnya.. Abang Long balik kelantan, rumah mertuanya. Abang pokpok ku tersayang tak dopat cuti... kesiann. Duet raya melepas aku tahun ni. Adik? wah. tu sorang lagi. dah duk dalam pusat latihan tu dengan public phone pon tak ade. Alamatnya.. bukan je batang idong... suara pon tak dapat nak dengar. Sedih weh. sayu je raya.. ramai tak ade.

Apepun. kami cuba buat raya kali ini meriah seperti biasa. jeles weh tengok orang kat rumah bersepah-sepah orang balik. sobsob.

Yang di rumah cuma saya, abah, mak, kak ateh and kak angah satu family. Tak ramai. tak ramai. tak langsung. sobsob.

dah tu. tema kami kali ni sekali lagi warna purple sebab angah satu family nak jugak purple. So, kebetulan... di perkuburan ramai bebeno yang pakai purple dan ramai bebeno datang beraya pakai purple... "aih... ni tema sekampung ke ape???" Hahahahaha. Hentam lah labuuuuu~

Tak apelah... apepun. hari raya kan untuk dirai. So, nak kongsi sikit gambo raye PERTAMA saya dirumah... yang tak seberapa. :)


Bukan tiada keinginan untuk mengambil gambar mak. Tapi mak yang tidak mahu bergambar.... katanya "gambar raya tiap-tiap tahun sama aje..". err... kami tak setuju sebenarnya. kehkeh. 


KAMI DAN ANAK-ANAK SAUDARA TERCINTA.




"jangan kau tanya padaku kenapa kakanda ku lebih small daripada diriku... akan ku hentam dirimu nanti menggunakan tali pinggang hitam ku." kehkeh.



NUR ZAHRATUL AISYAH & NUR ZULAIKHA.









NUR IZZATUL NAFISAH.


baby.. kena dok diam diam dalam rumah. sape suh tak berjalan cepat-cepat. hehe. dah gambaq awak yilek.. kehkeh.

Dan malam itu kami maen bunga api ramai-ramai... hehe. eh, tak ramai lah. budak budak ni je maen. saye takot.! hahaha. :P


SELAMAT HARI RAYA! :) kawan-kawan.

Sekian~

Thursday, August 16, 2012

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya~

Assalamualaikum.

Hye!

Selamat hari raya korang...............! saya balik kampong esok. Ni pon baru balik dari jaga test and makan-makan kat mcd baru bukak kat sini.. hewhew..... fenat sangat! ngantuk ye jugak.. tapi sempat packing akhir and try-try tudung tuk esok. kehkeh.

Apepun..... Selamat Hari Raya kawan-kawan@rodong-rodong sekalian.... :) Thanks sudi baca.. maaf kalau ade terasa atau apa sepanjang tak sampai 2 bulan kite melahirkan belog ini.... :) Moga lepas raya... atau maybe tengah raya.. kite bersua kata lagi di belog ini... hikhik.. 


Love you.

Sekian~

Wednesday, August 15, 2012

Wednesday, August 15, 2012

HatiKu Riang~

Assalamualaikum.

Hye!

APE YANG PENTING KERJASAMA~

Happy hari ni.. biarlah kelas seawal pukul 9 pagi pom.. biarlah kelas tu lewat habis pukul 1 pom.. biarlah pukul 2.30 ade test lagi kena jaga pom, biarlah 5 petang baru dapat balik bilik pom and biarlah malam ni kena jaga test lagi pukul 8.. hatiku tetap riang.

Riang bila mengenangkan..........

ESOK BALIK, HOYEAY!

Biarlah dah biasa 2 minggu sekali balik pom. biarlah dah selalu turun naek KL pom, hatiku tetap riang....

Riang bila mengenangkan..........

MINGGU NI RAYA!

Hoyeay.... biarlah hari ni badan ku penat, biarlah tiket pulang ke kampung dari KL maseh belum ku beli.... hatiku tetap riang.....................

Riang bila mengenangkan............

ESOK TIDUR KU BERALASKAN TILAM DI RUMAH!

Hoyeay.. itu pasti. esok mulanya hari cuti. Ayuh. ayuh.. kawan-kawan.. kite rondo-ronda kuala lumpur dahulu sebelum menuju ke kampung tercinta... Esok. InsyaAllah. :D

lets go, prepare and set our mind for tonight my friends. Hope the last test will be running smoothly... oh yeah. :)

Sekian~

I THINK I.......~

Assalamualaikum.

Hye!

Kalau awak baca belog ni one day.. awak tahu lagu ini untuk awak. kehkeh...... *pokku pokku*


I hope that one day you will. you will. will read this blog and this entry especially. :)





Dah nak tido. esok kelas pagi buta.

"Ya Allah, i'm hoping for this raya... my wish will come true..." Aaminn.

gudnite peeps! :D

Sekian~

Tuesday, August 14, 2012

Tuesday, August 14, 2012

The Power of Advertisement.?!

Assalamualaikum.

Hye!

Korang mesti selalu dengar atau tengok kan iklan Zalora. Online Business yang agak diperkatakan sekarang.  Dan sometimes eh bukanlah, hampir everytime.. bila buka page atau laman web apa-apa je mesti ade ada iklan Zalora. *angkat kening*

Tapi saya tak sangka lah... saya akan lihat iklan Zalora dalam satu page tu sampai begini sekali. begini macam mana tu?? Begini begini........

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
__
_
_
_

Amacam? Tiga sekali dalam satu page... dasat tak dasat... belum kire page lain tu at least mesti ade satu.. termasuk facebook. haha. 

And semalam, rumate ade bagi satu coupon. dapat time tengok wayang itu hari katanya.. maybe dia tak guna so dia bagi saya... umm.. bila la aku nak guna. Bila tengok murah-murah jugak la... under rm50 pon ade barangnya.. cuma before ni ade dengar brita tak sedap jugak pasal Zalora ni.... tapi case tu maybe satu dalam seribu.. kite tak tahu. tengok lah. Kalau ade yang betol-betol berkenan maybe guna coupon ni satu. Kehkeh.


Tapi... design design kat ThePopLook.Com ni boleh tahan jugak. and banyak jugak yang under hundred ringgit. *angkat kening* setakat ni belum ade niat nak membeli secara tegar. Tunggu dulu la. after raya. :P *kira niat la tu oit oit oit...

Sekian~


Susah Bangun Tidur? Tips terbaik dari video ohsem.

Assalamualaikum

Hye.!

susa bangun sahur? susa bangun sepertiga malam untuk carik lailatul qadar?? ummm.....

tengok video ni. maybe korang ade idea... maybe boleh diikot.. kehkeh. *senyum angkat kening*





kehkeh. amacam? berat kes budak ni..

"korang macam tu ke??"

"janganlah weii.." hehehe.

Sekian~

"The Wedding Interlude"

Assalamualaikum.

Hye!

korang tengah bekfast ke? kehkeh. pose lah oit oit! benti makan.. jom tengok video ni.. walaupon tak berapa nak paham kenapa tapi.... video ni cute. dihasilkan oleh student politeknik di Singapore sebagai final projeck untuk diploma depa dalam bidang Digital Media.





But still.. cute kan. kehkeh.

Sekian~

Monday, August 13, 2012

Monday, August 13, 2012

Aku Sedih.

Assalamualaikum.

Hye!


"Umm.. tetiba tak sedap hati. Bila baca kisah itu. aku sedih"

"adakah nasib kite serupa. adakah semua tempat agendanya sama?"

"aku betul betul sedih. Hatiku sebak. adakah di sini sama seperti di sana.. oh ku harap tidak"

"aku doa supaya di sini diberi kelonggaran. ku harap ku dapat berita seperti dia. aku cemburu"

"kenapa dia boleh diberi perhatian tapi tidak aku. argh. setiap orang lain lain perlakuannya"

"aku tetap cemburu. kau bertuah."

"tapi aku tidak berhenti berharap. aku harap aku harap aku masih mengharap"

"kau akan pulang di hari raya."

"supaya hilang kerinduaan ku"

Oh.. maap. emo.

Sekian~

Dragonboy~

Assalamualaikum..

Hye!

Jom release tensen jom. tengok video ni.. comel sangattt... umm. tak percaya. tengoklah sendiri.




Haa... amacam. comey kan~~

Sekian~

Traffic Exchanger Untuk Tingkatkan Traffic Blog.

Assalamualaikum.

Hye.! korang...
Sekarang ni hampir 1/3 masa saya dari pada 24 adalah ber'blogwalking'... Asal buka bace belog asal buka update belog.. Sometimes, buat benda kecik pon nak tangkap gambar.. "nanti boleh share kat belog" ngeee~

Disebabkan makin banyak masa di sini, so semakin berkurang masa di facebook. Yelah, mana boleh active dua-dua... kau gile.. kerja GA nak letak mana? kerja research nak humban mana? tak boleh tak boleh. kena pilih satu. Dan saya pilih belog... Sebab sini kite boleh lemparkan pendapat kite, apa kite rasa dengan lebih mudah dan... ummm... detailed. kehkeh.

nampak sangat ko suke bercakap maria!

Okey, macam biasa... after collected some outcome survey tuk sorang lecturer ni, sampai bilik terus buka belog. Tengah duk baca baca. ternampak satu entry dari akak ni.. ezaDAcute post about traffic exchanger... umm ape tu?? betul ke boleh tingkatkan traffic? entah.. but jom try.. untuk suke-suke. :) tak salah kan. 

banner

Macam mana nak join?

1. Klik Link Traffic Exchanger.
2. Register.
3. Isi form yang diminta.
4. Verify email...
5. Login
6. Have fun... ?

Haha.. nak tau fun ke tak try lah... login je dalam akaun dah ada 50coins free.... ummm. *angguk-angguk kepala*

Untuk apa coin tu? untuk buat task yang ada dalam tu.. lagi banyak coin lagi banyak kite boleh buat dan lebih menarik task kite. ;)

Jom jom.. join.. sape dapat tarik orang dapat coin lebih.. join please. kehkeh. And most important thing is..... orang Malaysia kot buat.! mana tau nati jadi sama femes macam nuffnang.. wehuuu...

dah Sila klik Traffic Exchanger to join kay peeps! :)

Sekian~

Sunday, August 12, 2012

Sunday, August 12, 2012

Pigeons: Cute Animation~

Assalamualaikum.

Hye!

Enjoy. ngee~


kehkeh. cute kannn... pfff. Dah g teraweh!

Sekian~

Terbukti Wanita Buas Semuanya~

Assalamualaikum.

Hye korang! *tajok tak boleh nak blah lagi kan.
NGee... ape cite rini? semalam dari petang sampai tido tak online. tak menyempat, busy betol. Ehem.

Semalam actually, kami hosmate kuar makan luar and niat hati nak shopping.. *pada awalnya sorang je kot nak shopping. HAHA. 

Tempat dituju: AEON Seksyen 18, Pengkalan.

Waktu berbuka: 7.32p.m 

disebabkan semua kedai penoh, kami decide solat dahulu. Prepared roti dan air masak sahaja. Setelah selesai...

Makan: 8.15p.m

Tempat pilihan: Pizza Hut. *hampir nak masuk kenny roger but still full house. ceh. selamat wet aku.

Nana, Waniey, Arfa. kihkih.
Uchop Santorian... Yana.

dan hasilnya....... seperti di dalam gambar!

Main Set!
SIDE DISHES 1
SIDE DISHES 2
SIDE DISHES 3
SIDE DISHES 4
Bahana kepada segala order kami iniiii.....

MAK!! POSE lah makan luar lagi seminggu. tehee~
"Mujur kongsi lima orang.. pfff"

Nampak tak?? buasnya kamii.... haha.. perot dah jadi kakak dinosaur memasing.. Lepas tu masing-masing sedapkan hati...

"tak pe lepas ni kite shopping, jalan-jalan tengok barang.. buang kalori.."

sebab makan cheese terlebih. Semua menu bercheese. gile kau. hahaha....

Akhirnya, kami balik sampai tahap pekerja AEON tu announce kan yang depa akan tutop dalam masa 2 minit! KAHKAH. wanita. wanita. balik lah woiit.. :P

Semua orang dapat hasil. Paling penting hasil sayer paling sikit. under rm30 je barang sayer.. orang lain?? tak mahu cite... tak terkata. wanita. wanita. HAHA.

what ever it is.... semalam kami semua happy dan puas hati. Maybe sebab jalan dalam keadaan senang hati, gembira dan ehem.. sale sale sana sini... kehkeh.

Note: kat PADINI orang beratur nak bayar sampai keluar kedai kot. gile tak gile.

Sekian~


 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang