Assalamualaikum.
Hye!
Hai, hay, hey... penat. penat. weekends ni penat woo. Tangan ni maseh rasa berdenyut, nak angkat beg pon payah. sakit, nak gosok gigi pon sakit sbb tangan ni sakit dibengkokkan. Kenapa sakit? buat kerja berat ke?
Tak. tak. tak buat keje berat tapi angkat sesuatu yang berat untuk 2 hari. berturut-turut dalam suasana yang sesak. sesak. sesak sangat. hahaha. faham tak?
Hari sabtu, 4.08.10:
Tengah hari. Kami pegi PICC, Putrajaya sebab angah nak carik baju budak-budak. 1st time pegi jualan gudang. kejutan budaya beta! haha. ramaiinyeee oranngg and sempit, sesaknya.... pilih lagi. pilih dan pilih. dukung baby, bergilir-gilir. Paling banyak galas baby... adalah abang zul, saya? jaga zulaikha supaya tak hilang. Akak? pilih. pilih dan pilih........... orang ramai? berebut. berebut. dan pilih dan pilih.
My Sis. |
Baby. |
Petang. Jemput ateh yang baru sampai dari kampung sebab plan nak shopping baju raye esok! So, plan jumpa di Sogo. Ramai. ramai. ramai dan sangat ramai... gaagaa. nak berbuka tak ade space. kompem.! So, beli air berbuka tepi dinding dalam Mall, pukul 8 baru pegi beli bungkus makanan dan balik. sementara itu, haha. pilih.. pilih. pilih dan shopping. :D wanita wanita.
Malam. tengok muvi sampai pitam kat astro dan tunggu angah balik dari rumah kakak ipanya. sebab ade iftar bersama-sama.
Hari Ahad. 5.08.10:
Tengah hari. Kami pegi PKNS Shah Alam. Niat nak beli baju raya.. especially, me and ateh. but!!! tak jumpa. tak berkenan. ramai orang. mood hilang. penat. sakit tangan. budak-budak buat hal. Zulaikha merengek dari tengah hari sampai malam. akhirnya..... tak ade baju raye.!
Zulaikha, kamu pantang jumpa kamera noh. babap nanti.. dalam gambor baek aje nampak iyerr.. |
Tapi ade satu benda tak enak jadi kat saya. Kami parking kat SACC Mall tau, So time nak pegi kereta tu.. kami akan jalan kat eskalator dll la kan. Dan habit kakak sulong kepada dua budak kat atas ni, nampak kedai nak beli walaupon baru lepas beli satu. Dan, saya pon dengan tak sengaja turutkan lah permintaannya. saya belikan dia cekak warna pink.
"Kak nak ni, duet besar tak ape kak? tak ade duet pecah la"
"tak ape.."
"eh, kak.. cekak ni berapa ya ka?" sebab saya dapat duet balance yang pelik nilainya.
"7.90 satu"
"okay..." erkh...! rm 7.90??? tanda harga letak tersorok. Aku ingat dua hinggit aje. huduh je pon bendanya, kat kampung 1.50 boleh dapat. kat Sinma pun 3.00 boleh dapat kot... errr.
Location. Siap tunjuk tu! maap. |
Cekak emas. |
patot tak?? weii.. mahal weii.. kiosk je pon, level satu betol-betol depan eskalator naek dari main entrance, gerai dia jual cekak, reben, macam tu la... tobat! aku tak datang dah kedai kau. And jangan buat silap macam saya, nak beli check satu-satu walaupon nampak macam tepi jalan boleh beli,murah... ia tak seperti yang disangka........
Malam. Tengok Chong Wei lawan. penuh perasaan. penuh penghayatan. walaupun sedih melihat kekalahan Chong Wei, tapi saya bangga sebab saya diwakili oleh beliau.... Dato' Lee Chong Wei, tahniah kerana menganugerah kan pingat kepada kami rakyat Malaysia. Tak dapat makan aiskrim pon tak ape, pingat ade. :)
Malam-malam-tengah malam. Zulaikha maseh meragam.
tu lah yang saya buat weekends ni. end up, saya sakit tangan. sangat. macam angkat dumb bell 10 kilo. err... sebenarnya, memang 10 kilo dan dumb bell saye tu bergerak-gerak. hahaha. :P itu zulaikha dan nafisah. Mujur nafisah baby paling baik abad ini. tak meragam sedikit pon. Mak andak sayang kamu!
Sekian~
mahalnye cekak rambut. singgit je pun boleh dapat.
ReplyDeletetau xpe. Kalau design tu marbeless xpe jugok~
ReplyDeletemahalnya cekak rambut tu. kalau kat sinma, boleh dapat lagi murah dan lagi lawa design.
ReplyDeletebetol. betol. belaja dari kesilapan. jangan beli kat kiosk sebarangan.
ReplyDelete