RODONGANS~

Friday, August 10, 2012

Friday, August 10, 2012

LUBANG NERAKA.?

Assalamualaikum.

Hye.

Tadi ternampak ade kawan post.. share satu artikel di facebook. umm... pasal Lubang Neraka. Pernah dengar? mungkin ade yang pernah dengar@baca tapi da lupa. Jom baca semula. Just tanda peringatan untuk diri kita. Yela, dosa pahala kan kite tak boleh nak baca dan kira. Sekurang-kurangnya, kite saling ingat mengingatkan aje, mana yang ada di depan mata.


BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.

Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.

Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.

Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.

Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.

Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.

Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.

Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.

Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.

NAK TAHU LEBIH LANJUT? BACA SINI... KOSMO! ONLINE.

Seram kan? umm.. Agungnya kuasa tuhan. Semoga kite diberi perlindungan daripadaNya. Aaminn.

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) 

Sekian~

2 comments:

  1. lya penah tgk hr tu.
    tp xtau la sejauh mana kesahihan nya

    # blh thn gerun jugak kalau dok kat tepi tepi tu..

    ReplyDelete
  2. Kan. seram. kot kot terjatuh. nanyee~

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang