Assalamualaikum.
Hye!
Sekarang memang musim orang kawen kan. Sana sini, sebab cuti sekolah pun ye jugak. Tapi dari dulu saya tak ley nak ketchup.. eh? ketchup.. hehe. .. ketchup kenapa orang suka buat time cuti sekolah. Sebab bukan semua orang cekgu tau, yang biasa dijemput ke majlis perkahwinan itu mak ayah nya, bukan budak sekolah. hehe. Tapi apepun..cuti sekolah memang pilihan utama orang nak buat kenduri kawen. hehe. So, macam musim buah dan musim hujan.. kawen pon ade musim tau. =P
Okay aje je nak letak. Ni kawan saya ye. Semak samun dekat dekat rumah dia je tau, tapi still gambar ni.... lawa. :)
Okey Jom fahami.. ape itu Walimatul Urus atau bahasa kampongnya kenduri kawen. hihi.
Apa makna nya ya?? :
Walimatulurus (Bahasa Arab: وليمة)
atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan
dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).
Apa tujuan kita adakan ya? :
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan
tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi
sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan
mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Ada adab adab yang perlu kite ikut tak? :
Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
- dilakukan selepas akad nikah;
- menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
- bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Apa hukum mengadakannya ya? :
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Eh, apa hukum menghadirinya pula? :
Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ade syarat syarat wajib ke untuk menghadirinya.? :
1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
4. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
5. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.
Saya ni kalau u'olls perasan, sangat suka menghadiri majlis macam ni. Apa saya majlis kawen ni macam super charming.. eh? comel.. umm.. bahagia... hehe. walaupun kite lihat orang lain yang di IjabQabulkan.. disandingkan but hati saya turut kembang kembang gembire gituww... gedik kan.
So, persoalannya.... ade ke orang nak rahsiakan perkahwinan?? tak ade kot... haha.... weh, tak syok lah kawen senyap senyap... macam buat salah.. benda baik, baik di hebahkan.. kang boley mendatangkan fitnah tau. So, sila bagitahu saya sekarang... hehe. Boleh saya tumpang hepi sekali..Ngee~
Sekian~