Assalamualaikum.
Hye!
Ape kabo semua? ewah.. sini hujan.. mendung.. semendung hatiku yang gundah dan gelana. *angkat kening*
Hari ni gundah betul. Adeh... so, bosan bosan tadi saya belek2 lah handphone.. tak dop orang nak massage ke hari ni.. huwaa.... bosan. gundah pon ye. then, buka pictures. Bergenang air mata... teringat peristiwa waktu balik untuk uruskan kenduri tahlil arwah wan hari tu.
Aisyah: Mak andak... mak andak... kakak nak kertas. Nak lukis. *sambil tarik tangan saya ke dalam bilik*
saya ikutkan aje. Kertas tu pon ateh punya, kasi kertas, kasi pen.. biar depa duk diam. Tak lah duk sebok berebut nak maen games. Masa itu dah malam, lepas tu saya terus duk tengok tv.. dah habis ngemas semua.. kami satu keluarga duk berehat. Tiba tiba aisyah datang...
Aisyah: Mak andak..... *sambil tunjuk kertas lukisan nya tadi*
Saya: waa... kakak lukis orangg.... sape ni kakak??
Aisyah tak cakap ape ape.. malu barangkali, cuma jari telunjuknya dihalakan pada saya.
Saya: owh, gambar mak andak ke?? waa... cantiknya... pandainya lukis.. tapi kan kakak.. Mak andak ade 5 jari tau... ni ade dua aje.
Aisyah tak cakap apa apa pun. Dia terus pergi ke tempat dia melukis tadi dan sambung lukisannya. 5 minit kemudian dia datang semula. dengan lukisan yang lengkap.
Saya: waa..... terima kasih. aiyoo.. awat jarinya semua sama panjang. Ingat jari ayam ke. hahaha. tak pe tak pe.. lawa dah ni. pandai kakak lukis. terima kasih. Meh, mak andak tulis nama mak andak.
Lepas saya tulis, dia ambil kembali lukisannya, dan 10 minit kemudian dia datang semula. Dengan lukisan yang sama tapi tambahan watak baru.
Nak tahu apa yang dilukisnya,? satu lukisan kanak-kanak......
Saya: gambar sape ni kakak?? gambar kakak ke?
Abaikan kaki aisyah ade tiga tu ya dan pandai pulak dia lukis muka dia macam kerek sikit. cis. haha. |
Aisyah masih tak bersuara. malu barangkali. dia cuma menganggukkan kepalanya. Yang paling mengejutkan saya, dia tulis namanya sendiri di sebelah nama saya. sebagai penghargaan... saya tambahkan LOVE diantaranya. sebagai tanda,
"Mak andak sayang aisyah"
Saya: Kakak mak andak nak lukisan ni eh?
mukanya seperti tidak bersetuju.
Saya: yela yela.. kakak lukis satu lagi untuk mak andak ea..
dia menanggukkan kepalanya.
Selepas 10minit kemudian.. akhirnya dia bersuara~~
Aisyah: mak andak. mak andak.. mak andak ambil aje lah yang tu ye.
Hahahahaha. malaslah tu! dua hari saya duk bising lepas tu bila kertas tu hilang... takot dia ambil balik.. saya siap warning..
Saya: kakak! kakak! mana lukisan mak andak.! ambik balik ea?? buruk sikuuu...
Aisyah: tak lah. Mana ade! ni la... mak andak niee!
Dengan budak kecik pon boleh buat gadoh. Dan hasilnya..... ni lah lukisan yang saya tampal di soft board saya di sini....
abaikan 'a' dah bertukar jadi 'p', orang tak grad tadika lagi.. biasalah. |
Sekian~
comel pulak aisyah bila baca pasal dia.
ReplyDeleteCantik or tak tu blakang kire..yang penting kite hargai ape yang die dah buat..btw comei lah tu..3kaki..hihihih
ReplyDeletehuhuhuhu bijak! suka budak2 yang kecik2 lagi dah bijak! :)
ReplyDeletecomel lukisannya... ^_^
ReplyDeletealahai aisyah
ReplyDeletesyok nya ada anak buah,
terhibur gak hati
ahaha.. kurusnyeee mak ndak dgn aisyahh. mn pg perut?? hihhihikk aisyah gud girl ! :)
ReplyDeletehehe. thanks semua. Walaupun tak ade anak lagi, anak buah pon jadila..~~ hehe.
ReplyDelete