RODONGANS~

Monday, October 01, 2012

Monday, October 01, 2012

14 ANTARA HAIWAN YANG TELAH PUPUS.

Assalamualaikum.

Hye!

Saya hari tu ada share haiwan-haiwan yang hampir pupus di ENTRY INI. Hari ini saya nak share pula senarai haiwan yang telah pupus di dunia ini. Ada di antara haiwan ini pupus sebelum kelahiran kita lagi. So, menarik bila kita lihat haiwan yang tak pernah kita tengok kan.. Jom, tengok dan jom sokong aktiviti WWF :)

1. Tarpan.
Yang terakhir mati di Ukraina pada tahun 1876. Sejenis Haiwan pra-sejarah yang mengembara dari selatan Perancis dan Sepanyol ke arah Timur menuju Rusia. Maklumat lanjut di SINI.

Ehsan Google.


2. The BUbal Hartebeest.
Sejenis spesies antelop yang telah pupus pada tahun 1923 lagi. Pernah menjadi sumber makanan domestik di mesir dan juga digunakan dalam upacara korban. Dan keunikkannya terletak pada bentuk tanduknya yang berbeza. Yang terakhir dikatakan mati di zoo yang terletak di Paris dan adalah betina. Kepupusan akibat pemburuan haram secara drastik oleh orang Eropah.

Ehsan Google.

3. The Syrian Wild Ass
Yang terakhir mati di zoo Schonbrunn, Wina pada tahun 1928. Hidup di kawasan pergunungan, gurun antara Palestin dan Iraq. Pupus akibat kemusnahan habitat kerana Perang Dunia Pertama.

Ehsan Google.

4. The Tasmanian Tiger.
Yang terakhir mati pada tahun 1936 di Zoo Hobart, Tasmania.

Ehsan Google.

5. Harimau Caspian (Kaspia)
Sama ciri dengan harimau Siberia. Kali terakhir ditemui sekitar tahun 1950-an.

Ehsan Google.

6. Boa Round Island.
Habitatnya di Pantai Mauritius, Boa Round Island. Suka hidup di puncak lapisan tanah dari lereng gunung berapi.

ehsan google.

7. Kupu-kupu Alcon Biru Belanda.
Subspesies alcon biru. Pupus sekitar 1979 dan banyak ditemui di padang rumput Belanda.

ehsan google.

8. The Quagga.
Spesies kuda yang merupakan subspesies kuda belang. Yang terakhir hidup ditembak pada tahun 1970-an. Keunikkannya terletak pada corak kulitnya yang berbelang cuma di bahagian depan.

ehsan google.
9. The Javan Tiger.
Yang terakhir ditemui mati sekitar 1980-an. Pada abad ke-19, harimau ini boleh ditemui di seluruh jawa tapi sekitar tahun 1950-an cuma 25 ekor harimau jawa ditemui.



10. The Golden Toad.
Ditemui pada ketinggian Bukit Costa Rico. Ditemui kali terakhir pada tahun 1989 akibat pencemaran dan pemanasan global.

Ehsan google.

11. Zanzibar Leopard.
Merupakan spesies Harimau Kumbang. Dijumpai di kepulauan Zanzibar di Tanzania. Pupus sekitar tahun 1996.

ehsan google.

12. Pyrenean Ibex.
Ditemui di Sepanyol (?) dan dikatakan pupus sekitar tahun 2000. Berjaya diklon tetapi mati tidak lama kemudian.

ehsan google.

13. Po'ouli.
Dikenali sebagai blackfaced honeycreeper. Ditemui kali terakhir sekitar 2004 dan merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Pada tahun 1997, cuma 3 ekor Po'ouili yang masih hidup.

ehsan google.
14. Spix's Macaw.
Mempunyai bulu biru yang cantik. Tidak lagi ditemui di habitat luar, berjaya diselamatkan beberapa ekor dan ditempatkan di zoo. Dijangka akan pupus.

ehsan google.

15. Badak Hitam Afrika Barat.
Habitat mereka di Kamerun. Salah satu dari 4 subspesies badak. Dikatakan pupus sekitar tahun 2007.

ehsan google.

16. Madeiran Large White.
Rama-rama putih yang boleh ditemui di Hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira, Portugal. Dikatakan pupus sekitar tahun 2007.

Ehsan Google.
Source: SINI, SINI, SINI, SINI dan banyak lagi~~

Enjoy!

Sekian~


5 comments:

 

Copyright © 2012 Reserved to Maria Menado
Design by Cik Kumbang